Kerabat Awang Osman

Tuesday 16 October 2012

Mukadimah : Tujuan Penubuhan PKAO Malaysia

Puji-pujian hanyalah milik Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan semesta alam. Salawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW beserta para ahlul-bait dan sahabat baginda sekalian.



Perjumpaan Hari Keluarga Awang Osman kali ke-2 di Genting View Resort pada 31 Ogos -2 September 2012 

Blog ini adalah sebagai memenuhi kehendak dan keperluan semua ahli Persatuan Kerabat Awang Osman untuk ahli keluarga AO mengenali antara satu dengan yang lain melalui media baharu, khususnya yang menyentuh sejarah dan salasilah serta keturunan Awang Osman. Inisiatif yang diilhamkan ini merupakan satu KESINAMBUNGAN kepada usaha yang telah dijalankan lebih dari 30 tahun dahulu, terutamanya dari generasi terdahulu.


Matlamat penubuhan persatuan adalah untuk mengenali asal-usul kita, membentuk serta menumbuhkan kesedaran, keinsafan dan kebanggaan kaum kerabat Awang Osman tentang sejarah dan keturunan beliau, serta mencontohi dan mempeloporkan kembali warisan gemilang nenek moyang kita.

Saudara Abdul Jalil sedang mengatakan sesuatu kepada para ahli jawatankuasa yang dilantik pada perjumpaan pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru, Selangor
Blog ini juga menjadi medium perantara untuk menyebarkan maklumat serta aktiviti yang sedang dan akan dirancang oleh pihak persatuan. Segala maklumat berkenaan keputusan dalam mesyuarat persatuan akan dimuat naik dalam blog ini.


Mudah-mudahan inisiatif ini dapat menarik Rahmat Allah SWT atas segala usaha kita untuk kembali bersatu serta berpotensi meletakkan keturunan Awang Osman kepada tanggungjawab dan peranan yang lebih besar serta memberikan semangat kepada perjuangan mencapai idealismanya.




Gambar kenang-kenangan ahli jawatankuasa yang merupakan tulang belakang dalam Persatuan Kerabat Awang Osman di Kelab Sultan Sulaiman, Selangor

No comments:

Post a Comment