Kerabat Awang Osman

Friday 19 October 2012

Cetusan Rasa YDP PKAOM

Cetusan Rasa Yang diPertua Persatuan Kerabat Awang Osman Malaysia, 2012


Saya mulakan dengan Salam Persahabatan Islam 'Asalam Mu Alaikum Warakhmatullah Hiwabarokatuh, Salam Satu Malaysia dan Salam Satu AO.' Seterusnya saya mengambil peluang ini melahirkan rasa bangga dan kagum melihat kehadiran seramai 430 orang anggota kaum kerabat Awang Osman yang hadir pada perhimpunan keluarga Kerabat Awang Osman kali Ke-2 di Genting View Resort pada 31hb. Ogos hingga 2hb. September 2012. 

Saya juga berterima kasih kepada semua AJK yang menjayakan program tersebut. Begitu juga kepada semua petugas-petugas yang tampil memberi sumbangan tenaga dan kerjasama di saat-saat yang diperlukan. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan program perhimpunan tersebut sempena hari Merdeka Raya membayangkan bahawa semangat AO bersatu wujud dan segar sentiasa. AJK telah merancangkan program dengan begitu rapi dan sistematik bagi keselesaan semua .AJK bemesyuarat sebanyak sembilan kali dalam tempuh masa empat bulan sahaja. Semua kerja yang dilaksanakan dibuat secara sukarela tidak kira masa dan perbelanjaan yang keluar dari poket sendiri.Walau apa sekali pun, segala pengorbanan semua pihak disanjung tinggi dan dihormati selalu.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga AO yang datang dari seluruh pelusuk tanah air dan telah mengorbankan banyak wang dan tenaga semata-mata untuk bersama menghadiri perhimpunan yang bersejarah ini. Saya kagum melihat AO dari luar negara juga hadir dan bergembira dengan kerabat AO yang lain. Seperti yang telah dirancang, Mesyuarat Pertama untuk mengesahkan penubuhan PKAO Malaysia telah berjaya diadakan. Sehubungan dengan itu diadakan juga agenda penubuhan Yayasan Palajaran Awang Osman . Dua perkara penting ini jika dilaksanakan dan ditadbir dengan betul akan menjana kewangan yang akan digunakan untuk membantu anak-anak AO dalam meringankan perbelanjaan pelajaran dari peringkat tahap rendah sahingga ke peringkat Universiti. PKAO dan Yayasan Pelajaran akan didaftarkan dengan pihak berkuasa secepat mungkin. Walau apa pun pertubuhan ini tidak akan berkembang jika tiada ahlinya. Saya berseru kepada semua kerabat AO supaya lekas-lekas mengisi borang keahlian dan dengan itu usaha seterusnya untuk menambah dana persatuan boleh berjalan lancar. 

Saya kagum melihat jumlah anak muda dan remaja serta kanak-kanak melebihi 50% jumlah besar yang hadir. Di bahu merekalah terletaknya nasib kerabat AO dan merekalah yang akan mengambil alih kepemimpinan PKAO disatu masa nanti. Saya yakin dengan tertubuhnya PKAO banyak masalah yang dihadapi oleh kerabat AO boleh diselesaikan disatu masa nanti. Sungguhpun demikian saya sedikit terkilan kerana banyak lagi kerabat AO tidak hadir dan tidak sedar akan pentingnya kerabat AO bersatu padu. Saya berharap semua kerabat AO menambah huruf AO dibelakang nama masing-masing sebagai tanda nyata mereka keturunan dan kerabat AO. Dengan cara itu sajalah generasi akan datang boleh mengenali satu sama lain sebagai mempunyai punca kekeluargaan yang sama. 

Harus diingatkan bahawa AJK PKAO telah sepakat berkenaan perkara ini. Saya berpendapat jika huruf AO itu dijadikan sebahagian dari nama berdaftar disijil lahir lebih baik. Dengan cara itu kerabat dan keturunan AO akan wujud disepanjang zaman. Satu perkara yang penting ialah persoalan siapa itu AO dan siapa layak menggunakan huruf AO dibelakang nama. Di putuskan sebagai peraturan biasa iaitu semua keturunan AO dari segi nasab dan darah berhak menggunakan huruf AO dibelakang nama. Semua lelaki dan perempuan yang bernikah dengan AO juga layak memakai AO dan sejajar dengan itu anak-anak mereka juga layak. Semua anak angkat AO juga layak berbuat demikian. Dengan cara ini kerabat AO akan berkembang dan menjadi sumber tenaga yang besar dan ramai. 

Bak kata Hang Tuah 'Takkan Melayu Hilang di Dunia' saya juga ingin menyatakan di sini, 'TAKKAN AO HILANG DIDUNIA'. Kita daripada salasilah dan keturunan Awang Osman akan maju ke hadapan menjadi kerabat yang berkuasa, berketerampilan, berharta, berpengaruh dan berpelajaran . AO akan bangun sebagai kerabat yang megah, bercita-cita tinggi serta manjadi rakyat Malaysia yang berguna. Ingat pesanan Sir Shariff Awang Osman 'Fly the Awang Osman Flag High', kita akan mengarak Panji-Panji Awang Osman ke mana saja kita berada. 


Yang Berusaha, 

Dato' Daud bin Daros (AO) 
Yang Dipertua Persatuan Kerabat Awang Osman Malaysia
2012

No comments:

Post a Comment