"We are Awang Osman descendants. Welcome on Board Everybody. We should be proud to be AOs' !!!", Dato' Daud bin Daros, the President of Persatuan Kerabat Awang Osman Malaysia
"Keep the Awang Osman Flag Flying High"
Kerabat Awang Osman
Wednesday, 17 October 2012
Mesyuarat PKAOM kali ke-2
Mesyuarat PKAO kali ke-2
Assalamualaikum...
Perhatian kepada semua ahli jawatankuasa PKAO Malaysia. Mesyuarat kali ke-2 persatuan akan diadakan pada 21 Oktober 2012 bertempat di Pejabat Rasmi PKAO Centrio Hillpark, Bangsar pada jam 3:30 petang. Semua AJK Persatuan diwajibkan hadir. Harap maklum.
Tuesday, 16 October 2012
Mukadimah : Tujuan Penubuhan PKAO Malaysia
Puji-pujian hanyalah milik Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan semesta alam. Salawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW beserta para ahlul-bait dan sahabat baginda sekalian.
Perjumpaan Hari Keluarga Awang Osman kali ke-2 di Genting View Resort pada 31 Ogos -2 September 2012
Blog ini adalah sebagai memenuhi
kehendak dan keperluan semua ahli Persatuan Kerabat Awang Osman untuk ahli
keluarga AO mengenali antara satu dengan yang lain melalui media baharu,
khususnya yang menyentuh sejarah dan salasilah serta keturunan Awang Osman. Inisiatif
yang diilhamkan ini merupakan satu KESINAMBUNGAN kepada usaha yang telah
dijalankan lebih dari 30 tahun dahulu, terutamanya dari generasi terdahulu.
Matlamat penubuhan persatuan adalah
untuk mengenali asal-usul kita, membentuk serta menumbuhkan kesedaran,
keinsafan dan kebanggaan kaum kerabat Awang Osman tentang sejarah dan keturunan
beliau, serta mencontohi dan mempeloporkan kembali warisan gemilang nenek
moyang kita.
Saudara Abdul Jalil sedang mengatakan sesuatu kepada para ahli jawatankuasa yang dilantik pada perjumpaan pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru, Selangor
Blog ini juga menjadi medium
perantara untuk menyebarkan maklumat serta aktiviti yang sedang dan akan
dirancang oleh pihak persatuan. Segala maklumat berkenaan keputusan dalam
mesyuarat persatuan akan dimuat naik dalam blog ini.
Mudah-mudahan inisiatif ini dapat
menarik Rahmat Allah SWT atas segala usaha kita untuk kembali bersatu serta
berpotensi meletakkan keturunan Awang Osman kepada tanggungjawab dan peranan
yang lebih besar serta memberikan semangat kepada perjuangan mencapai
idealismanya.
Gambar kenang-kenangan ahli jawatankuasa yang merupakan tulang belakang dalam Persatuan Kerabat Awang Osman di Kelab Sultan Sulaiman, Selangor
Subscribe to:
Comments (Atom)

